Resepi Biskut Almond Cocochips

resepi almond chocolate chips cookies

Resepi Biskut Almond Cocochips


klau uols  perasan lar...sekarang nie kan berlambak usahawan cookies kan..
dgan cookies pun dah boleh buat duit sekarang nie..
so arie nie yuk nak share resepi cookies yang uols boleh buat jualan atau yang  uols boleh start busines..
bagi sesiapa yang nak ada variety dalam bisnes cookies boleh lar cuba resepi nie..sedap..
bagi yg x nak wat bisnes..boleh buat untuk makan,,,hihi..
lagipun resepi biskut almond cocochips nie senang je..x yah guna mixer..kacau pakai senduk pun boleh uols..

[wajib cuba: resepi biskut Nutella]

jom kita tengok resepi biskut almond cocochips yang senang dan simple nie..

resepi biskut almond cocochips

bahan-bahan

  • 250g butter @ marjerin
  • 1 cawan + 1/4 cawan gula perang
  • 1sk perasa vanilla @ butter oil (lagi wangi)
  • 1 cawan almond nibs@flakes
  • sebiji telur 
  • 5sb minyak masak
  • 1 cawan chocolate chips
ayakkan..

  • 2 cawan setengah tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 3sb susu tepung
  • 1sb tepung beras
  • 1sk baking powder
  • 1/2sk soda bikarbonate

cara-cara

  1. satukan butter,gula perang dan perasa vanilla kedalam bekas dan simpan dalam peti sejuk selama 15 min
  2. masukkan 1 cawan almond nibs kedalam bahan2 yang diayak dan gaul rata
  3. selepas 15 min, kacau sehingga sebati campuran yang kita letak dalam peti ais tadi.
  4. masukkan sebijik telur dan kacau lagi
  5. selepas tu masukkan bahan2  yang diayak sedikit demi sedikit.kacau rata
  6. masukkan 5sb minyak masak dan mix rata
  7. then masukkan 1 cawan choc chips dan gaul sehingga sebati
  8. masukkan adunan kedalam piping beg,buat lubang sebesar 10 sen kat piping beg
  9. pipekan adunan sebesar 20sen  ke atas dulang pembakar
  10. bakar biskut pada suhu 170c selama 30 min @ sehingga biskut menjadi perang 
  11. setalah ciap..biarkan biskut sejuk atas redai dan boleh lar ngap..
Resepi Biskut Almond Cocochips
tips untuk membuat cookies dengan cepat ialah dengan pipekan adunan sebesar duit 20sen keatas dulang pembakar


Resepi Biskut Almond Cocochips
biskut yang masak akan berwarna perang.ketika panas2 cookies agak lembik..jgn bimbang sbb lepas biskut dah sejuk ia akn menjadi keran dan raggup

Resepi Biskut Almond Cocochips
cookies yang bagus ia akan rangup dan melt in your mouth.x manis sgt supaya x muak

(resepi&gambar kredit to fb azlina ina fans)

info penting
Panduan Bisnes Bakeri Dari Rumah
Jana 5K Sebulan Dengan Business Ais krim
Panduan Business Air Balang






Comments

  1. Tumpang tanya tepung gandum semuanya 3 cawan ke? Konfius sikit dekat situ

    ReplyDelete

Post a Comment